Syarat-syarat bagi tugasan berkumpulan:
Perhatian kepada:Semester 1 kumpulan 2 (DTM)
- Setiap kumpulan mestilah mempunyai ahli seramai 5 atau 6 orang sahaja.
- Setiap ahli perlulah berbincang dalam menyiapkan tugasan ini. Sekiranya terdapat ahli yang tidak memberi kerjasama, ia akan memberi kesan kepada markah bagi ahli tersebut.
- Tugasan berkumpulan mestilah menggunakan perisian Microsoft Frontpage 2003.
- Tajuk tugasan anda ialah berkonsepkan 'PERLANCONGAN'.
- Tugasan tersebut juga boleh diletakkan elemen-elemen multimedia seperti video, audio, grafik, teks dan animasi bagi menjadikan LAMAN WEB yang lebih menarik.
- Sebarang plagiat yang dilakukan akan memberi kesan kepada markah tugasan berkumpulan.
- Tugasan ini perlulah di hantar selewat-lewatnya 15 Oktober 2009. Sekiranya terlewat, akan memberi kesan kepada markah tugasan anda.
- Tugasan ini hendaklah dihantar dalam bentuk CD. (burn)
- Nama setiap ahli,nombor matrik, nama subjek,kod subjek dan nama pensyarah dan tarikh penghantaran perlu diselitkan pada sampul CD yang dihantar.
- Jika terdapat sebarang masalah dan masih tidak mempunyai ahli kumpulan, sila berhubung dengan saya dengan kadar yang segera.
0 comments:
Post a Comment