Syarat-syarat bagi tugasan berkumpulan:
Perhatian kepada: Semester 1 (Diploma Pengurusan Perniagaan)
- Setiap kumpulan mestilah mempunyai ahli seramai 4 atau 5 orang sahaja.
- Setiap ahli perlulah berbincang dalam menyiapkan tugasan ini. Sekiranya terdapat ahli yang tidak memberi kerjasama, ia akan memberi kesan kepada markah bagi ahli tersebut.
- Tugasan berkumpulan mestilah menggunakan perisian Microsoft Power Point.
- Tugasan anda berkonsepkan "PERLANCONGAN".
- Tugasan tersebut juga boleh diletakkan elemen-elemen multimedia seperti video, audio, grafik, teks dan animasi bagi menjadikan slaid yang lebih menarik.
- Sebarang plagiat yang dilakukan akan memberi kesan kepada markah tugasan berkumpulan.
- Tugasan ini perlulah di hantar selewat-lewatnya 15 Oktober 2009. Sekiranya terlewat, akan memberi kesan kepada markah tugasan anda.
- Tugasan ini hendaklah dihantar dalam bentuk CD. (burn)
- Nama kumpulan , nama dan kod subjek, nama ahli dan nombor matrik, nama pensyarah dan tarikh penghantaran perlu diselitkan pada sampul CD yang dihantar.
- Jika terdapat sebarang masalah dan masih tidak mempunyai ahli kumpulan, sila berhubung dengan saya dengan kadar yang segera.
0 comments:
Post a Comment