Syarat-syarat bagi tugasan individu:
- Anda dikehendaki mencipta dan mereka kad perniagaan (business card) dan Kad Ucapan.
- Kad perniagaan anda perlu diletakkan logo, nama syarikat, alamat syarikat, nombor telefon dan email anda.
- Manakala kad ucapan pula hendaklah berkonsepkan kad ucapan Hari Raya. Gambar yang menarik, ucapan, nama penerima,nama pengirim perlulah diletakkan di dalam kad ucapan tersebut.
- Sebarang plagiat yang dilakukan akan memberi kesan kepada markah tugasan anda.
- Tugasan ini perlulah di hantar selewat-lewatnya 9 September 2009. Sekiranya terlewat, akan memberi kesan kepada markah tugasan anda.
- Tugasan ini hendaklah dihantar dalam bentuk pencetakan (hard copy)
- Untuk maklumat tambahan, kad perniagaan yang telah siap dicetak perlulah dikepilkan bersama-sama dengan kad ucapan anda.
- Jika terdapat sebarang masalah berkaitan tugasan individu ini, sila berhubung dengan saya dengan kadar yang segera.
0 comments:
Post a Comment